Cari Duit dan Menipu

Posted by cariduitsite | 12:17 PTG

Share |

Hari ini saya baru sahaja lepas membaca surat khabar Kosmo. Yang menarik perhatian saya ialah banyak sangat cerita mengenai penipuan yang dibuat untuk mendapatkan wang. Ini menggerakkan saya untuk menulis dan mengemaskinikan blog yang sudah lama tak dikemaskan ini.

Soal penipuan untuk mendapatkan duit ini bukan perkara baharu. Tetapi akhir-akhir ini kita seringkali disogokkan dengan cerita-cerita penipuan yang dirancang sesuai dengan kecanggihan teknologi semasa.

Begitulah nampaknya yang berlaku kepada ahli perniagaan yang kerugian sebanyak RM960,000. Dalam kes ini warga Afrika berjaya menggodam email syarikat perniagaan dan menghantar akaun bank mereka yang palsu kepada pelanggan dengan menggunakan email syarikat. 

Dalam halaman berikutnya pula dua pelabur hampir kerugian jutaan ringgit kerana hampir termakan pujuk rayu lelaki Arab untuk mendapat keuntungan jutaan ringgit melabur dalam syarikatnya.

Dihalaman 12 pula ada lagi cerita tentang 17 dakwa ditipu pelaburan ternak lintah. Dalam kes ini dianggarkan ia melibatkan wang pelaburan melebihi puluhan ribu ringgit.

Kesimpulan dari berita-berita yang terkini ini menunjukkan semakin canggih teknologi kita pada masa kini, semakin banyak pula teknik-teknik penipuan yang mungkin difikirkan dan diusahakan oleh mereka yang mencari kesempatan melalui cara ini.  Bagi kita pula untuk mengelakkan perkara ini supaya tidak berlaku kepada kita sendiri ataupun kaum keluarga kita, ilmu pengetahuan mengenai soal-soal begini haruslah dipertingkatkan dan dalam masa yang sama kita juga perlu mengambil langkah berhati-hati.

Blogwalking Software

Posted by cariduitsite | 11:32 PG

 Share |


Kelebihan menggunakan blogwalking software nie adalah:
  1. Menjimatkan masa…
  2. Tidak melawat blog yang sama dalam masa yang terdekat…
  3. Meningkatkan traffik dengan lebih sistematik…
  4. Boleh membaca dan menkomen post mereka…
  5. Menjimatkan masa anda…
Untuk melancarkan software ini klik sini

Video Panduan Lelong

Posted by cariduitsite | 12:42 PTG



Video Panduan Lelong

Saya baru sahaja selesai melihat video panduan paling hebat mengenai cara untuk menjana wang besar di portal Lelong.com.my! Video panduan ini memberikan pelbagai maklumat yang akan membantu anda untuk menguasai portal Lelong.com.my dengan mudah dan pantas!

Buat pengetahuan anda, portal Lelong.com.my merupakan portal jualan yang paling hebat di Malaysia. Belum ada lagi portal jualan lain yang boleh menandingi kehebatan portal ini dari segi keahlian dan jumlah pengunjung.

Jika portal Lelong merupakan sebuah bandar, maka ia akan menjadi di antara bandar yang terbesar di Malaysia!

Sudah ramai penjual yang pada mulanya menjual secara kecil-kecilan di situ tetapi kini sudah mampu mengembangkan jualan mereka sehingga ke pasaran luar negara.

Pada masa ini Video Panduan Lelong memang sedang hangat diperkatakan. Jika anda terlewat mendapatkannya, maka orang lain yang akan berpeluang membuat wang besar di Lelong berbanding anda.

Oleh itu, dapatkan video panduan tersebut agar anda juga boleh mengambil peluang dari RM10 juta yang dibelanjakan di portal Lelong pada setiap bulan.

Sila klik pada gambar di atas  untuk maklumat lanjut mengenai Video Panduan Lelong ini.

Buat Duit Dengan Ebook Percuma

Posted by cariduitsite | 12:47 PTG





Kali ini saya nak menceritakan serba sedikit mengenai sebuah Ebook PERCUMA yang berjudul Trik Internet Marketer setebal 30 halaman yang ditulis oleh Mohamad AlFairuz a.k.a alfairuz.

Tujuan buku ini ditulis ialah untuk membantu kita memperbaiki lagi teknik pemasaran yang kita gunakan ketika ini dengan mendedahkan trik – trik rahsia para usahawan yang telah berjaya. Trik atau taktik-taktik ini digunakan oleh para usahawan untuk mendapatkan jualan. Justeru itu jika anda terlibat dalam bidang perniagaan sama ada online ataupun offline, ebook ini amat sesuai sekali untuk mempelbagaikan teknik pemasaran yang anda lakukan pada masa ini.
Antara teknik-teknik atau taktik-taktik tersebut ialah seperti berikut:-

(1)  Taktik Kejutan
(2)  Taktik Takut
(3)  Taktik Tanpa Harga
(4)  Taktik Testimonial
(5)  Taktik 'WIIFM'
(6)  Taktik 'Countdown'
(7)  Taktik Review
(8)  Tunjukkan Apa Yang Anda Dapat
(9)  Jadi Pro
(10) Shh....Ini Rahsia dan banyak lagi

Sungguhpun ebook ini memperkatakan soal pemasaran produk tu tetapi sebahagian besar daripada taktik atau teknik yang digunakan tersebut boleh juga digunakan untuk memasarkan blog kita. Blog juga bukankah merupakan satu produk? Jadi anggap sahajalah taktik-taktik tersebut boleh digunakan untuk memasarkan blog ataupun sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk memperbaiki penulisan dan gaya bahasa kandungan blog kita.

Jika anda berminat untuk meraih pendapatan tambahan, anda boleh sebarkan ebook ini  kepada rakan-rakan atau kenalan anda. Lagi ramai anda edarkan peluang untuk mendapat pendapatan tambahan anda semakin cerah. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus klik  Trik Internet Marketer (IM) atau gambar di atas.



Share |

Memang terdapat pelbagai cara mencari duit. Ada yang senang dan ada yang susah. Semakin canggih teknologi masa kini, semakin bertambah pula peluang terbuka kepada golongan mereka yang ingin menambah pendapatan  sama ada online atau pun offline.

Berita terkini yang baharu saya temui ialah ada Internet Marketer yang boleh mendapat duit melalui Facebook iaitu medium sosial yang sangat popular ketika ini. Terdapat dua buah ebuku yang baharu diterbitkan mengenai perkara ini dalam Bahasa Malaysia.

Ebook yang pertama berjudul 'Kuasa Viral Facebook' bernilai RM83 sahaja. Ebook ini akan mengajar anda bagaimana untuk membina applikasi Facebook bagi tujuan promosi untuk mendapatkan trafik. Ianya penuh dengan gambar rajah dan merupakan panduan yang menunjukkan cara membina applikasi asas Facebook langkah demi langkah. Ebook ini  mendedahkan program  yang berupaya memberikan pendapatan pasif. Ia mudah difahami oleh semua peringkat pemahaman. Kesemuanya 47 mukasurat!!

Bab 1 - Kehebatan Viral Facebook
Bab 2 - Setup Facebook Apps
Bab 3 - Facebook Apps Tips
Bab 4 - Buat Duit Goyang Kaki

Ebook yang kedua pula ialah berkenaan dengan cara untuk membina applikasi di Facebook. Di dalam ebook ini anda akan belajar bagaimana untuk membina pelbagai applikasi jenis hadiah. Anda boleh mereka bermacam-macam hadiah untuk rakan-rakan anda sambil buat duit. Applikasi berbentuk gift / hadiah sangat popular di Facebook. Ramai  ahli Facebook yang sukakan applikasi berbentuk hadiah kerana mereka semua gemar memberi hadiah pada teman masing-masing. Ada bermacam-macam hadiah yang boleh direka untuk applikasi Facebook. Ada yang memberi GAJAH pada teman Facebook mereka!!

Buku-buku ini mungkin sesuai untuk mereka yang terlibat dengan Facebook dan ingin untuk mendapatkan duit tambahan. Melihat kepada perkembangan Facebook dikalangan rakyat Malaysia kini, saya rasa pasarannya agak besar dan peluangnya juga memang membanggakan. Untuk yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh klik tajuk artikel ini atau pun banner yang terdapat di sini.

Hadiah Laptop Acer Aspire One

Posted by cariduitsite | 5:51 PTG

Kali ini saya nak hebahkan satu peluang istimewa kepada pembaca-pembaca yang berminat nak dapatkan hadiah percuma Laptop Acer Aspire One. Hadiah percuma ini adalah untuk mereka yang terpilih sahaja. Ada dua buah laptop yang akan dimenangi sekiranya blog anda merupakan blog yang terpilih atau anda merupakan pengomen terbanyak. 


Maklumat terperinci mengenai pertandingan dan syarat-syarat ini boleh anda lihat dalam blog berkaitan atau pun klik saja tajuk artikel ini.

3 Tip Untuk Memasarkan Produk Affiliate

Posted by cariduitsite | 5:22 PTG


Setiap mereka yang terlibat dalam pemasaran produk affiliate tentu akan mencari pasaran yang berjaya memberikan pulangan yang tinggi. Kadangkala mereka fikir terdapat formula magik yang boleh digunakan. Sebenarnya ia lebih komplek daripada itu.Ia adalah amalan pemasaran yang baik yang telah dibuktikan selepas beberapa tahun kerja keras dan dedikasi. Ada tektik-tektik yang telah berjaya sebelum ini dalam pemasaran dalam talian dan terus boleh dilaksanakan dalam dunia pemasaran affiliate hari ini. Dengan 3 tip disebutkan di sini anda mungkin akan dapat meneruskan perniagaan affiliate anda dengan berterusan mendapat jualan.

1. Menggunakan laman web yang unik untuk memperomosikan setiap produk yang berbeza yang anda pasarkan.Jangan kumpulkan kesemuanya dalam satu laman web sahaja bagi menjimatkan kos menyewa hosting. Baik sekali sekiranya kita dapat jadikan satu laman itu hanya fokus kepada sesuatu produk tertentu sahaja tanpa melibatkan perkara-perkara lain. Sentiasa masukkan ulasan produk (review) dalam laman web tersebut supaya pelawat boleh mendapat maklumat awalan tentang manfaat produk tersebut kepada mereka yang membelinya. Masukkan juga testimoni-testimoni daripada pengguna yang telah mencuba produk tersebut. Pastikan pengguna-pengguna ini tidak keberatan untuk membenarkan anda mengguna dan menyiarkan nama dan gambar-gambar mereka dilaman web produk yang anda pasarkan itu.

Anda juga boleh menulis artikel tentang kegunaan produk tersebut dan masukkan ke dalam laman web tersebut sebagai halaman tambahan. Jadikan halaman tersebut menarik dan dapat mempengaruhi pembaca untuk mengambil tindakan ke atas maklumat tersebut. Setiap tajuk utama patut boleh menarik pembaca untuk cuba dan meneruskan bacaannya, malahan untuk terus menghubungi anda. Tonjolkan perkara-perkara yang penting. Ini akan dapat membantu pembaca untuk memahami kandungan halaman tersebut dan untuk mengetahui maklumat lanjut.

2. Tawarkan lapuran percuma kepada pembaca anda. Jika boleh letakkan disebelah atas halaman anda supaya pembaca nampak dengan jelas. Cuba sediakan mesej-mesej autoresponder yang akan dikirimkan kepada mereka yang memasukkan nama dan alamat email mereka di ruangan yang anda sediakan. Mengikut kajian, jualan hanya akan berlaku setelah tujuh kali prospek dihubungi oleh anda. Hanya dua perkara sahaja yang mungkin berlaku sekiranya kita menggunakan laman web semata-mata: berjaya mendapat jualan ataupun prospek meninggalkan laman tersebut dan tidak kembali lagi. Dengan mengirimkan maklumat yang berguna ke email mereka pada masa-masa yang ditetapkan, anda akan mengingatkan mereka tentang produk yang mereka fikir diperlukan kemudian dan mungkin boleh mendapat jualan. Pastikan kandungan email tersebut fokus kearah sebab-sebab mengapa produk tersebut perlu dibeli. Jangan pula ayat-ayatnya memperlihatkan ayat-ayat untuk melakukan jualan. Fokus kepada perkara-perkara penting seperti bagaimana produk anda dapat menjadikan kehidupan lebih mudah dan lebih seronok. Masukkan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi mida pembaca. Seboleh-bolehnya elakkan daripada menggunakan perkataan "percuma" kerana masih ada filter spam yang mungkin akan memasukkan email anda terus kedalam tong sampah sebelum sempat ia dibaca. Yakinkan mereka yang melanggan untuk menerima lapuran percuma anda itu bahawa mereka akan rugi besar sekiranya tidak membeli produk atau perkhidmatan anda.


3. Dapatkan traffik yang khusus yang disasarkan kepada produk anda. Jika mereka yang melawat laman web anda tidak langsung berminat dengan apa yang anda tawarkan, mereka akan meninggalkan laman web anda dan tidak akan kembali lagi. Tulis artkel untuk diterbitkan melalui e-zines dan e-reports. Cara ini anda akan dapat pastikan sasaran sebenar yang berminat dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Cuba tulis artikel sekurang-kurangnya 300-600 perkataan dalam masa seminggu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Dengan terus-terusan menulis dan mengekalkan artikel-artikel ini anda boleh mendapatkan 100 pembaca sehari ke laman web anda. Ingatlah bahawa hanya seorang daripada 100 orang sahaja yang mungkin membeli produk atau perkhidmatan anda. Jika anda boleh menarik sebanyak 1,000 orang pelawat laman web anda dalam sehari, itu bermakna anda telah berjaya mendapat 10 jualan secara purata. Statistik ini bukan susah untuk dicapai. Bagaimanapun ia memerlukan sedikit masa satu pelan tindakan daripada kita.

Mungkin anda boleh gunakan tip-tip ini untuk beberapa program pemasaran affiliate anda. Anda mungkin boleh berakhir dengan mendapat pulangan yang sewajarnya untuk meneruskan hidup anda dalam bisnes yang bukan kesemua yang terlibat berjaya melakukannya.

Related Posts with Thumbnails
Share |