Cari Duit dan Menipu

Posted by cariduitsite | 12:17 PTG

Share |

Hari ini saya baru sahaja lepas membaca surat khabar Kosmo. Yang menarik perhatian saya ialah banyak sangat cerita mengenai penipuan yang dibuat untuk mendapatkan wang. Ini menggerakkan saya untuk menulis dan mengemaskinikan blog yang sudah lama tak dikemaskan ini.

Soal penipuan untuk mendapatkan duit ini bukan perkara baharu. Tetapi akhir-akhir ini kita seringkali disogokkan dengan cerita-cerita penipuan yang dirancang sesuai dengan kecanggihan teknologi semasa.

Begitulah nampaknya yang berlaku kepada ahli perniagaan yang kerugian sebanyak RM960,000. Dalam kes ini warga Afrika berjaya menggodam email syarikat perniagaan dan menghantar akaun bank mereka yang palsu kepada pelanggan dengan menggunakan email syarikat. 

Dalam halaman berikutnya pula dua pelabur hampir kerugian jutaan ringgit kerana hampir termakan pujuk rayu lelaki Arab untuk mendapat keuntungan jutaan ringgit melabur dalam syarikatnya.

Dihalaman 12 pula ada lagi cerita tentang 17 dakwa ditipu pelaburan ternak lintah. Dalam kes ini dianggarkan ia melibatkan wang pelaburan melebihi puluhan ribu ringgit.

Kesimpulan dari berita-berita yang terkini ini menunjukkan semakin canggih teknologi kita pada masa kini, semakin banyak pula teknik-teknik penipuan yang mungkin difikirkan dan diusahakan oleh mereka yang mencari kesempatan melalui cara ini.  Bagi kita pula untuk mengelakkan perkara ini supaya tidak berlaku kepada kita sendiri ataupun kaum keluarga kita, ilmu pengetahuan mengenai soal-soal begini haruslah dipertingkatkan dan dalam masa yang sama kita juga perlu mengambil langkah berhati-hati.

Related Posts with Thumbnails
Share |