3 Tip Untuk Memasarkan Produk Affiliate

Posted by cariduitsite | 5:22 PTG


Setiap mereka yang terlibat dalam pemasaran produk affiliate tentu akan mencari pasaran yang berjaya memberikan pulangan yang tinggi. Kadangkala mereka fikir terdapat formula magik yang boleh digunakan. Sebenarnya ia lebih komplek daripada itu.Ia adalah amalan pemasaran yang baik yang telah dibuktikan selepas beberapa tahun kerja keras dan dedikasi. Ada tektik-tektik yang telah berjaya sebelum ini dalam pemasaran dalam talian dan terus boleh dilaksanakan dalam dunia pemasaran affiliate hari ini. Dengan 3 tip disebutkan di sini anda mungkin akan dapat meneruskan perniagaan affiliate anda dengan berterusan mendapat jualan.

1. Menggunakan laman web yang unik untuk memperomosikan setiap produk yang berbeza yang anda pasarkan.Jangan kumpulkan kesemuanya dalam satu laman web sahaja bagi menjimatkan kos menyewa hosting. Baik sekali sekiranya kita dapat jadikan satu laman itu hanya fokus kepada sesuatu produk tertentu sahaja tanpa melibatkan perkara-perkara lain. Sentiasa masukkan ulasan produk (review) dalam laman web tersebut supaya pelawat boleh mendapat maklumat awalan tentang manfaat produk tersebut kepada mereka yang membelinya. Masukkan juga testimoni-testimoni daripada pengguna yang telah mencuba produk tersebut. Pastikan pengguna-pengguna ini tidak keberatan untuk membenarkan anda mengguna dan menyiarkan nama dan gambar-gambar mereka dilaman web produk yang anda pasarkan itu.

Anda juga boleh menulis artikel tentang kegunaan produk tersebut dan masukkan ke dalam laman web tersebut sebagai halaman tambahan. Jadikan halaman tersebut menarik dan dapat mempengaruhi pembaca untuk mengambil tindakan ke atas maklumat tersebut. Setiap tajuk utama patut boleh menarik pembaca untuk cuba dan meneruskan bacaannya, malahan untuk terus menghubungi anda. Tonjolkan perkara-perkara yang penting. Ini akan dapat membantu pembaca untuk memahami kandungan halaman tersebut dan untuk mengetahui maklumat lanjut.

2. Tawarkan lapuran percuma kepada pembaca anda. Jika boleh letakkan disebelah atas halaman anda supaya pembaca nampak dengan jelas. Cuba sediakan mesej-mesej autoresponder yang akan dikirimkan kepada mereka yang memasukkan nama dan alamat email mereka di ruangan yang anda sediakan. Mengikut kajian, jualan hanya akan berlaku setelah tujuh kali prospek dihubungi oleh anda. Hanya dua perkara sahaja yang mungkin berlaku sekiranya kita menggunakan laman web semata-mata: berjaya mendapat jualan ataupun prospek meninggalkan laman tersebut dan tidak kembali lagi. Dengan mengirimkan maklumat yang berguna ke email mereka pada masa-masa yang ditetapkan, anda akan mengingatkan mereka tentang produk yang mereka fikir diperlukan kemudian dan mungkin boleh mendapat jualan. Pastikan kandungan email tersebut fokus kearah sebab-sebab mengapa produk tersebut perlu dibeli. Jangan pula ayat-ayatnya memperlihatkan ayat-ayat untuk melakukan jualan. Fokus kepada perkara-perkara penting seperti bagaimana produk anda dapat menjadikan kehidupan lebih mudah dan lebih seronok. Masukkan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi mida pembaca. Seboleh-bolehnya elakkan daripada menggunakan perkataan "percuma" kerana masih ada filter spam yang mungkin akan memasukkan email anda terus kedalam tong sampah sebelum sempat ia dibaca. Yakinkan mereka yang melanggan untuk menerima lapuran percuma anda itu bahawa mereka akan rugi besar sekiranya tidak membeli produk atau perkhidmatan anda.


3. Dapatkan traffik yang khusus yang disasarkan kepada produk anda. Jika mereka yang melawat laman web anda tidak langsung berminat dengan apa yang anda tawarkan, mereka akan meninggalkan laman web anda dan tidak akan kembali lagi. Tulis artkel untuk diterbitkan melalui e-zines dan e-reports. Cara ini anda akan dapat pastikan sasaran sebenar yang berminat dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Cuba tulis artikel sekurang-kurangnya 300-600 perkataan dalam masa seminggu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Dengan terus-terusan menulis dan mengekalkan artikel-artikel ini anda boleh mendapatkan 100 pembaca sehari ke laman web anda. Ingatlah bahawa hanya seorang daripada 100 orang sahaja yang mungkin membeli produk atau perkhidmatan anda. Jika anda boleh menarik sebanyak 1,000 orang pelawat laman web anda dalam sehari, itu bermakna anda telah berjaya mendapat 10 jualan secara purata. Statistik ini bukan susah untuk dicapai. Bagaimanapun ia memerlukan sedikit masa satu pelan tindakan daripada kita.

Mungkin anda boleh gunakan tip-tip ini untuk beberapa program pemasaran affiliate anda. Anda mungkin boleh berakhir dengan mendapat pulangan yang sewajarnya untuk meneruskan hidup anda dalam bisnes yang bukan kesemua yang terlibat berjaya melakukannya.

Kursus Percuma Bina Blog WordPress

Posted by cariduitsite | 12:00 PG


Satu kursus sengkat tentang cara-cara membina blog WordPress sendiri telah dilancarkan. Kursus ini diberikan secara PERCUMA dan menggunakan email. Saya yakin setelah mengikuti kursus ini peserta akan boleh membina blog WordPress mereka sendiri. Sungguhpun kursus ini dijalankan melalui email tetapi ia juga dilengkapi dengan laman web khusus disediakan lengkap dengan gambar-gambar untuk menjelaskan langkah-langkah membina blog tersebut. Mereka yang berminat boleh sahaja lawati laman web berkenaan dengan klik tajuk artikel ini.

Semarak Hadiah Raya Telah Dilancarkan

Posted by cariduitsite | 4:29 PTG




Kalau biasa, kita selalu dengar Internet Marketers luar negara menganjurkan Jv Giveaway. Tapi kali ini, Usahawan internet tempatan pula mengorak langkah. Rakan baik saya, Rammel Firdaus telah menganjurkan satu acara serupa tapi dalam acuan Malaysia iaitu Semarak Hadiah Raya Jv Giveaway.

Sekali imbas terdapat lebih kurang 20 produk digital dan yang menariknya, majoritinya adalah produk berbahasa Melayu. Saya sangkakan produk yang terdapat pada JV giveaway hanya produk berbahasa inggeris. Jangkaan saya meleset sama sekali. 99% adalah produk berbahasa Malaysia.

Semarak Hadiah Raya

Jika anda mencari ebook-ebook berbahasa melayu secara percuma, sinilah tempatnya. Anda tidak perlu mengeluarkan satu senpun untuk memuat turun produk(kecuali membership upgrade" dan OTO). Apa yang diperlukan untuk download kesemua produk adalah email anda sahaja.

Jangan lepaskan peluang kemasaan ini. Klik link berikut untuk ke laman Semarak Hadiah Raya dan Download Kesemua produk yang ditawarkan.

Semarak Hadiah Raya

Teknik SEO - Bagaimana Nak Tingkatkan Kedudukan Laman Web

Posted by cariduitsite | 10:58 PG




Menghabiskan masa yang begitu lama di internet dengan mengunakan pelbagai jenis teknik/kaedah/sistem/proses tetapi

website/blog kita masih tidak menerima trafik dari search engine merupakan keadaan yang amat menyakitkan. Apatah lagi sekiranya Website/blog kita tidak dijumpai di Search Engine Result Page. kalau kita masih tercari-cari jawapan kepada masalah ini, kita masih belum terlambat lagi; jawapannya terdapat dalam ebook secara terperinci.

Ebook 'Panduan SEO Google Cara Inspiration' merupakan sebuah ebook dalam bahasa Malaysia mengenai teknik bagaimana mendapat kedudukan yang terbaik di google.com. Panduan ini adalah merupakan teknik-teknik yang telah digunakan oleh penulisnya sendiri dalam memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan bagi mendapat kedudukan yang terbaik di search engine google.com. Dalam lain-lain perkataan, tulisan ini bukan merupakan teori yang belum dibuktikan keberkesanannya.Ia merupakan teknik yang telah dicuba dan didapati berhasil seperti yang dikehendaki.

Tidak keterlaluan saya katakan bahawa 'Panduan SEO Google cara inspiration' ini merupakan pengetahuan yang amat penting untuk diketahui oleh sesiapa sahaja yang ingin menempatkan laman web/blog perniagaan mereka mendapat kedudukan yang tinggi di search engine google. Kedudukan yang tinggi sahaja yang boleh menjadikan laman web/blog kita senang dijumpai oleh orang ramai. Susulan daripada itu ia akan meningkatkan kunjungan dan jualan kita.

Teknik Video Yang Terbukti Berhasil

Posted by cariduitsite | 11:19 PTG

Kali ini saya ingin bercerita tentang finomina pasaran internet di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis bisnes online yang berkaitan dengan maklumat terdapat di dalam pasaran. Kalau nak jadi agen jualan atau affiliate produk tempatan tentu tidak jadi masalah. Sama ada produk tersebut dapat menghasilkan apa yang dijanjikan ataupun sebaliknya cuma diketahui oleh mereka yang membeli produk tersebut. Jarang perkara ini diumumkan. Mungkin juga pembeli yang berkaitan keberatan mendedahkan hasil yang dikecapi mereka atas sebab-sebab tersendiri.

Bagaimanapun saya tertarik dengan Pakej Video Lisahilmi ini. Saya telah membaca dairi Lisahilmi tentang suka duka pengalaman beliau sehingga berjaya ke tahap sekarang. Jadi saya berkesimpulan beliau mempunyai kesungguhan untuk melahirkan satu teknik yang diketahuinya untuk diikuti oleh mereka yang ingin mencari pendapatan melalui internet. Justeru itu Pakej Video beliau telah menampakkan bukti kepada mereka yang telah membelinya. Memang nampak berbaloi betul mereka yang telah membeli pakej ini dan mengikuti langkah demi langkah seperti yang disarankan tanpa jemu.

Saya rasa saya tak perlu nak ceritakan panjang lebar tentang Pakej Video ini. Pembaca boleh membaca sendiri beberapa petikan dibawah ini untuk difikirkan selanjutnya.

Kata Lisahilmi sendiri , "Walaupun usianya terlalu muda baru setahun jagung tetapi teknik yang diajar di dalam Pakej Video Youtube saya telah berjaya menghasilkan fenomena luar biasa.

Seorang surirumah telah berjaya menghasilkan pendapatan RM7000+ dalam masa 2 bulan.

Seorang remaja berusia 19 tahun pula telah berjaya menghasilkan pendapatan RM14,000+ dalam masa 2 bulan!!!!

Malah beratus-ratus pembeli Pakej ini juga telah berjaya menghasilkan pendapatan yang memberangsangkan melalui teknik yang diajar.

"Akhirnya berjaya juga saya buat komisen pertama Clickbank menggunakan teknik Pakej Video Youtube dalam tempoh 30 jam selepas mengupload video di Youtube. Dengan views lebih 4,000 saya berjaya mendapatkan sale pertama berjumlah $23.50. Walaupun sedikit tapi saya tahu teknik ini boleh membantu saya mendapat hasil yang lebih lumayan lagi." Kata seoarang remaja pemilik blog http://ideakreatif.com/.

Manakala Asmawati Abdul Manap, seorang surirumah sepenuh masa yang kini menjadikan internet sebagai satu sumber pendapatan dalam blognya http://asmawati.com/ pula berkata, "Setelah beberapa hari mengikut segala langkah yang diberikan, akhirnya saya dapat jualan pertama pada 2 Disember 2008 . Memang teruja dan terkejut. Setelah hampir 40 video saya upload, akhirnya saya mendapat sales pertama.

Setelah puas berYM dengan Kak Lisa, akhirnya hari ni ada berita gembira untuk dia.

Tapi… apa yang lebih mengejutkan terjadi. Bila saya check akaun ClickBank saya masa balik dari bercuti, saya telah berjaya mendapat 40 sales! Memang bertambah-tambahla excitednya saya. Alhamdulillah nampaknya video yang diupload dah “bekerja untuk saya” walaupun saya bercuti panjang. "

Hebat kan ? Kita bila lagi...........

Laporan Pemasaran Affiliate Zamri Nanyan

Posted by cariduitsite | 4:23 PTG



Sdr Zamri Nanyan,seorang Internet marketer yang sedang menempa nama di Malaysia; baru sahaja menyiapkan sebuah laporan 11-mukasurat yang menceritakan bagaimana beliau mendapat komisyen hampir RM10,000 dengan satu program affiliate pada hujung tahun lepas.

Hasil pendapatan affiliate ini juga merealisasikan pembelian sebuah kereta untuk ibu bapa beliau.

Saya harap anda teruja dengan kisah yang berlaku kepada Zamri Nanyan ini dan menimbulkan minat dan kesungguhan kita untuk terus bergerak dalam apa jua bidang yang kita usahakan sekarang.

Sdr boleh dapatkan laporan PERCUma tersebut dengan klik link di bawah ini:

======>> Laporan Pemasaran Affiliate

Dah Dengar Cerita Malang Penggiat Adsense Kehilangan RM4,800 dalam sekelip mata?

Posted by cariduitsite | 12:15 PTG





Sudahkan anda mendengar berita terkini tentang cerita malang seorang peminat dan penggiat Adsense kehilangan RM4,800 dalam sekelip mata?

Ya, ramai yang telah berjaya mengumpul wang ribuan ringgit setiap bulan hanya daripada program Internet. Ini adalah FAKTA yang tak di dapat di sangkal lagi. Adsense adalah program affiliate popular yang semakin mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia yang bercita-cita menjana pendapatan melalui Internet.Namun begitu, ramai juga yang bermula untuk seketika, kemudian berputus asa dengan program Adsense. Ini kerana newbie ini GAGAL untuk mendapatkan apa yang di impikan sewaktu memulakan Adsense.

Saya sendiri telah membaca laporan yang bertajuk 'Konspirasi Adsense? Rahsia Kegagalan Newbie' setebal 23 mukasurat sahaja ini. Petikan daripada laporan yang saya pertutunkan ini cukup menggambarkan betapa keciwanya beliau dengan peristiwa malang itu;

"Saya tidak pernah memperolehi pendapatan walau sesen dari Google Adsense. Akaun saya telah dibatalkan sewaktu tinggal 10 hari sahaja untuk saya menerima pin untuk pengeluaran wang Adsense pertama. Kesemua usaha saya selama 6 bulan telah lebur bersama dengan sejumlah wang terkumpul di dalam akaun Adsense tersebut. Ini adalah kenangan cukup pahit bagi saya selepas berhempas pulas cuba menjadi seorang penggiat Adsense yang berjaya."

Justeru itu beliau tidak keberatan mendedahkan beberapa perkara yang perlu dijadikan panduan bagi sesiapa yang berminat dalam mencari pendapatan melalui Adsense. Perkara-perkara yang mesti dipatuhi setiap pemegang akaun Adsense untuk memastikan akaun mereka masih terus boleh digunakan dan penat lelah selama ini mendapat imbuhan yang sewajarnya.

Ayoh mari kita sama-sama mengambil pengajaran daripada pengalaman pahit beliau ini. Segera downloadkan laporan PERCUMA Konspirasi Adsense ini dengan klikkan pada tajuk artikel ini.

Related Posts with Thumbnails
Share |