Apakah yang anda tahu tentang Kuasa Forum?

Posted by cariduitsite | 11:55 PG




Forum adalah salah satu teknik pemasaran yang dipanggil sebagai "Pull Marketing"; anda tidak perlu mencari prospek, sebaliknya prospek sudah sedia ada. Di forum, ahli-ahlinya akan masuk secara kerap dalam tempoh jangka panjang. Mereka masuk dengan keinginan mereka sendiri tanpa dipaksa. Berbeza dengan anda terus menyuruh mereka masuk ke laman web atau blog anda.

Bermaksud, tugas anda hanya mempromosikan produk anda dengan betul di forum dan meyakinkan mereka sahaja selain anda menyumbang sesuatu yang bernilai di forum. Soal trafik (prospek) bukan lagi masalah! Mereka tidak teragak-agak untuk menjadi pelanggan anda jika anda melakukan dengan betul!

Selain itu forum biasanya mendapat kedudukan yang baik di senarai enjin carian seperti Google. Maka anda boleh menggunakan forum sebagai web perantara untuk mendapatkan trafik ke laman web atau blog anda melalui kedudukan yang baik tersebut di SERP. Dari aspek SEO, gunakan kelebihan forum untuk membina backlink (SEO) yang kuat untuk blog atau laman web anda.

Di dalam Panduan yang bakal anda dapatkan melalui laman web ini, anda akan ditunjukkan bagaimana melakukannya! Hanya beberapa asas sahaja yang mudah dilakukan.

Jika anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang lebih di dalam sesuatu bidang, forum adalah satu alat yang amat berkuasa. Forum adalah alat yang lebih berkuasa daripada blog atau laman web. Di forum anda boleh membina kredibiliti dengan hanya berkongsi pengetahuan dan kepakaran anda. Selebihnya tanpa bersusah payah orang ramai akan yakin dan tidak teragak-agak untuk membeli produk anda.

Begitu banyak kelebihan forum untuk perniagaan anda. Itu pun jika anda tahu cara melakukannya dengan betul. Tak perlu cuba dan gagal kerana sebahagian besar daripada yang disenaraikan di atas anda akan pelajari melalui Panduan Kuasa Forum!

Related Posts with Thumbnails
Share |