Autoresponder Percuma Yang Berkesan..........

Posted by cariduitsite | 3:35 PTG

Dalam perniagaan melalui internet, salah satu strategi pemasaran ialah dengan menggunakan autoresponder. Pemasaran menggunakan autoresponder dianggap amat berkesan untuk mendapatkan pelanggan. Dengan menggunakan autoresponder anda boleh mendapatkan pelanggan yang bersedia untuk menerima maklumat selanjutnya melalui email. Malahan pengiriman email menggunakan autoresponder adalah satu etik perniagaan yang wajar dilaksanakan berbanding dengan pengiriman email kepada mereka yang tidak dikenali yang dianggap sebagai 'spam'.

Sebelum ini anda sukar untuk mendapatkan autoresponder untuk menguruskan kempen penjualan produk anda kecuali anda membeli atau menyewa autoresponder yang harganya agak mahal. Bagaimanapun akhir-akhir ini trend ini telah berubah. Anda sudah boleh mempunyai autoresponder untuk mengendalikan urusan email dengan pelanggan secara percuma.

Dengan sedikit kepakaran untuk membina laman web bagi mendapatkan nama dan alamat email pengunjung serta satu lagi laman web untuk dijadikan susulan bagi mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, anda sudah boleh menggunakan autoresponder Warner yang boleh emuatkan sehingga 10 email susulan daripada anda.

Autorespnder Warner ini mempunyai arahan-arahan yang mudah diikuti. Anda boleh memaksimakan akaun autoresponder ini sehingga 5 akaun. Ia juga mempunyai Control Panel yang mudah dikendalikan. Autoresponder ini boleh digunakan dalam masa 24 jam selama 7 hari seminggu, terpulang kepada kesusaian masa anda.

Untuk tahu lebih lanjut kemudahan dan keistimewaan sistem autoresponder ini anda boleh terus klik pada gambar di bawah ini dan daftarkan diri anda sebagai pengguna secara percuma. Jika anda dapati sistem ini tidak sesuai dengan anda, anda boleh menutup akaun anda bila-bila masa yang anda mahu.



1header.jpg

Related Posts with Thumbnails
Share |