3 Tip Untuk Memasarkan Produk Affiliate

Posted by cariduitsite | 5:22 PTG


Setiap mereka yang terlibat dalam pemasaran produk affiliate tentu akan mencari pasaran yang berjaya memberikan pulangan yang tinggi. Kadangkala mereka fikir terdapat formula magik yang boleh digunakan. Sebenarnya ia lebih komplek daripada itu.Ia adalah amalan pemasaran yang baik yang telah dibuktikan selepas beberapa tahun kerja keras dan dedikasi. Ada tektik-tektik yang telah berjaya sebelum ini dalam pemasaran dalam talian dan terus boleh dilaksanakan dalam dunia pemasaran affiliate hari ini. Dengan 3 tip disebutkan di sini anda mungkin akan dapat meneruskan perniagaan affiliate anda dengan berterusan mendapat jualan.

1. Menggunakan laman web yang unik untuk memperomosikan setiap produk yang berbeza yang anda pasarkan.Jangan kumpulkan kesemuanya dalam satu laman web sahaja bagi menjimatkan kos menyewa hosting. Baik sekali sekiranya kita dapat jadikan satu laman itu hanya fokus kepada sesuatu produk tertentu sahaja tanpa melibatkan perkara-perkara lain. Sentiasa masukkan ulasan produk (review) dalam laman web tersebut supaya pelawat boleh mendapat maklumat awalan tentang manfaat produk tersebut kepada mereka yang membelinya. Masukkan juga testimoni-testimoni daripada pengguna yang telah mencuba produk tersebut. Pastikan pengguna-pengguna ini tidak keberatan untuk membenarkan anda mengguna dan menyiarkan nama dan gambar-gambar mereka dilaman web produk yang anda pasarkan itu.

Anda juga boleh menulis artikel tentang kegunaan produk tersebut dan masukkan ke dalam laman web tersebut sebagai halaman tambahan. Jadikan halaman tersebut menarik dan dapat mempengaruhi pembaca untuk mengambil tindakan ke atas maklumat tersebut. Setiap tajuk utama patut boleh menarik pembaca untuk cuba dan meneruskan bacaannya, malahan untuk terus menghubungi anda. Tonjolkan perkara-perkara yang penting. Ini akan dapat membantu pembaca untuk memahami kandungan halaman tersebut dan untuk mengetahui maklumat lanjut.

2. Tawarkan lapuran percuma kepada pembaca anda. Jika boleh letakkan disebelah atas halaman anda supaya pembaca nampak dengan jelas. Cuba sediakan mesej-mesej autoresponder yang akan dikirimkan kepada mereka yang memasukkan nama dan alamat email mereka di ruangan yang anda sediakan. Mengikut kajian, jualan hanya akan berlaku setelah tujuh kali prospek dihubungi oleh anda. Hanya dua perkara sahaja yang mungkin berlaku sekiranya kita menggunakan laman web semata-mata: berjaya mendapat jualan ataupun prospek meninggalkan laman tersebut dan tidak kembali lagi. Dengan mengirimkan maklumat yang berguna ke email mereka pada masa-masa yang ditetapkan, anda akan mengingatkan mereka tentang produk yang mereka fikir diperlukan kemudian dan mungkin boleh mendapat jualan. Pastikan kandungan email tersebut fokus kearah sebab-sebab mengapa produk tersebut perlu dibeli. Jangan pula ayat-ayatnya memperlihatkan ayat-ayat untuk melakukan jualan. Fokus kepada perkara-perkara penting seperti bagaimana produk anda dapat menjadikan kehidupan lebih mudah dan lebih seronok. Masukkan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi mida pembaca. Seboleh-bolehnya elakkan daripada menggunakan perkataan "percuma" kerana masih ada filter spam yang mungkin akan memasukkan email anda terus kedalam tong sampah sebelum sempat ia dibaca. Yakinkan mereka yang melanggan untuk menerima lapuran percuma anda itu bahawa mereka akan rugi besar sekiranya tidak membeli produk atau perkhidmatan anda.


3. Dapatkan traffik yang khusus yang disasarkan kepada produk anda. Jika mereka yang melawat laman web anda tidak langsung berminat dengan apa yang anda tawarkan, mereka akan meninggalkan laman web anda dan tidak akan kembali lagi. Tulis artkel untuk diterbitkan melalui e-zines dan e-reports. Cara ini anda akan dapat pastikan sasaran sebenar yang berminat dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Cuba tulis artikel sekurang-kurangnya 300-600 perkataan dalam masa seminggu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Dengan terus-terusan menulis dan mengekalkan artikel-artikel ini anda boleh mendapatkan 100 pembaca sehari ke laman web anda. Ingatlah bahawa hanya seorang daripada 100 orang sahaja yang mungkin membeli produk atau perkhidmatan anda. Jika anda boleh menarik sebanyak 1,000 orang pelawat laman web anda dalam sehari, itu bermakna anda telah berjaya mendapat 10 jualan secara purata. Statistik ini bukan susah untuk dicapai. Bagaimanapun ia memerlukan sedikit masa satu pelan tindakan daripada kita.

Mungkin anda boleh gunakan tip-tip ini untuk beberapa program pemasaran affiliate anda. Anda mungkin boleh berakhir dengan mendapat pulangan yang sewajarnya untuk meneruskan hidup anda dalam bisnes yang bukan kesemua yang terlibat berjaya melakukannya.

Related Posts with Thumbnails
Share |